Thursday, April 12, 2012

Jus Lobak Merah

Jus Lobak Merah
Bahan-bahan

1 biji lobak merah
15ml air gula
Kiub ais secukupnya

Cara Penyediaan

Kisar lobak merah dan tuangkan ke dalam gelas berisi air gula. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan kiub ais secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.

Jus Buah Naga

Jus Buah Naga
Bahan-Bahan

Buah Naga (yang isinya merah) - 1.5 biji 
Air Aiskrim Soda - ¾ botol 
Susu Pekat - 5-6 sudu 
Air Batu
Cara Penyediaan 

Memula sekali bender isi buah naga tanpa ditambah air hingga hancur. Msukkannya ke dalam jag. Kemudian, masukkan air aiskrim soda ke dalam jag buah naga yang sudah diblender tadi. Masukkan susu pekat secukup rasa (terpulang pada korang sume). Masukkan air batu. Sedia untuk dihidang.

Puding Oreo

Puding Oreo
Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan

Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.

Puding Jagung

Puding Jagung
Bahan-bahan

1 cawan tepung castard
1 setengah cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis
Acuan secukupnya

Cara Penyediaan

Campurkan tepung kastad, gula, jagung , santan dan air.
Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga cukup sebati dan masak .
Masukkan adunan puding ni ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk .

Puding Tiramisu

Puding Tiramisu

Bahan-bahan

50g gula pasir
1 butir telur ayam
1 sdm mentega, lelehkan
200 ml susu segar
100 ml krim segar
½ sdt vanili bubuk
½ sdm tepung maizena, larutkan dengan sedikit air
2 lembar roti tawar tanpa kulit, potong-potong
1 sdm kismis


Topping

1 sdt gula bubuk
2 buah strawberry, belah-belah

Cara Penyediaan

Kocok gula dan telur hingga gula larut.
Tambahkan mentega, susu, krim dan vanili.
Masukkan larutan maizena. Aduk rata.
Susun potongan roti tawar dan kismis dalam 2 mangkuk tahan panas.
Tuangi larutan susu.
Panggang dalam oven panas 180 C selama 30 menit.
Angkat. Sajikan dengan Toppingnya

Wednesday, April 11, 2012

Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin
Bahan-Bahan
2 cawan nasi putih 
sayur kailan 
garam 
bahan perisa (optional) 
sepotong ikan tenggiri masin 
minyak masak

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
cili api (ikut suka)

Cara Penyediaan

1.Goreng ikan tenggiri masin yang telah dipotong kecil ke dalam minyak masak yang telah panas. 
2.masukkkan bahan tumbuk dan kacau bersama ikan masin tadi. 
3.Masukkan garam secukup rasa (sikit je pasal dah ada ikan masin)dan bahan perisa (optional) 
4.Masukkan sayur kailan bersama nasi putih. 
5.Gaulkan sehingga masak dan angkat untuk dihidangkan di atas pinggan. 
6.Sedia untuk dimakan.

Lepat Labu

Lepat Labu
Bahan-bahan

3 cawan labu yang dilenyek ~ direbus dan toskan airnya (baru disukat)
3/4 cawan gula atau secukupnya
2 cawan tepung gandum
50gm santan serbuk
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut atau secukupnya gaul dgn sedikit garam(untuk inti)
Daun pisang(layur diatas api dan potong kecil) secukupnya untuk membungkus
Air dan periuk kukusan.

Cara penyediaan

Masukkan labu, gula, tepung, santan dan garam ke dalam mangkuk dan gaul semua bahan hingga sebati.
Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan ke atas daun pisang. Letakkan kelapa parut ditengah adunan tadi.
Tutup adunan dan lipat kedua2 hujung daun dgn kemas.
Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Tuesday, April 10, 2012

Ayam Halia

Nasi Goreng Thai

Nasi Goreng Thai

Bahan-Bahan:

1 mangkuk nasi
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
½ sudu teh belacan
1 sudu teh udang kering (dikisar)
Garam secukup rasa
Bahan hias:
1 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
½ biji mangga muda (dihiris)
2 sudu besar kacang tanah (digoreng)
1 biji telur (dipukul, digoreng dan dipotong kecil)


Cara Penyediaan

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, belacan dan udang kering.
Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Goreng sehingga rata dan masukkan ke dalam pinggan.
Hias atas nasi dengan bahan-bahan hias.

Fried Kuey Teow (Kuey Teow Goreng)